Frequent Asked Questions

print
Bahasa Malaysia Version English Version

1. Apakah tujuan Cadangan Skim Bekalan Air Langat 2?

Cadangan Skim Bekalan Air Langat 2 adalah bertujuan untuk merawat air mentah yang dibekalkan melalui Projek Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMS) dan mengagihkan bekalan air terawat di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi memenuhi permintaan air dari kawasan Hulu Langat, Ampang, AU3, Kuala Lumpur, Cheras, Sg. Besi, Bukit Jalil, Petaling dan Puchong.

2. Mengapakah pembinaan projek berskala besar Loji Rawatan Air Langat 2 dan kerja-kerja yang berkaitan perlu dilaksanakan pada kadar yang segera?

Keadaan bekalan air terawat di Selangor dan Kuala Lumpur telah mencapai tahap kritikal di mana kadar permintaan air terawat telah melebihi kadar pembekalan air terawat serta kesan perubahan cuaca telah juga mengakibatkan impak negatif kepada kadar bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur. Anggaran bekalan air terkini sudah mencapai tahap 5,000 MLD. Cadangan Skim Bekalan Air Langat 2 Fasa 1 akan dapat membekalkan air sebanyak 1130 MLD apabila ianya siap dan beroperasi pada 2019, ia akan dapat meningkatkan capasiti bekalan air secara keseluruhan di kawasan Klang Valley kepada 5,500 MLD. Sila rujuk informasi yang diberikan dalam web page “Project Information” untuk maklumat selanjutnya.

3. Apakah kerja-kerja yang terlibat dalam perlaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 1 ini?

Projek Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 1 ini melibatkan komponen-komponen kerja seperti berikut:

i. Kerja-kerja Loji Rawatan Air merangkumi pemindahan pukal air mentah dari Projek Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor ke Projek Loji Rawatan air Langat 2. Perincian skim pemindahan ini adalah seperti di dalam gambar rajah skematik yang di bawah:
overall
ii. Kerja-kerja Pemindahan Air Terawat Koridor Barat merangkumi kerja-kerja pembinaan Kolam Air Imbangan Bukit Enggang, pembinaan kolam air Sg. Besi, Bukit Jalil dan Petaling serta jajaran paip pelbagai diameter dari saiz 1.95m sehingga 2.5m sepanjang 31km seperti di dalam gambar rajah di bawah:
wc
iii. Kerja-kerja Pemindahan Air Terawat Koridor Utara merangkumi kerja-kerja pembinaan Kolam Air Imbangan Hulu Langat, pembinaan kolam air Ampang dan AU3 serta jajaran paip berdiameter pelbagai dari saiz 1.5m sehingga 1.75m sepanjang 20km seperti di dalam gambarajah di bawah:
nc

4. Di manakah lokasi pembinaan Skim Projek Loji Rawatan Air Langat 2?

Lokasi-lokasi yang terlibat adalah seperti berikut:
i) Loji Rawatan Air – terletak di kawasan Hulu Langat
ii) Pemindahan Pukal Air Terawat Koridor Utara – jajaran paip adalah melalui Bandar Mahkota Cheras, Taman Hulu Langat Jaya, Jalan Hulu , Hutan Simpan Hulu Langat, Lembah Jaya, Taman Kosas, Sg. Ampang, Ukay Height, dan MRR2 berhampiran kawasan Wangsa Maju.
iii) Pemindahan Pukal Air Terawat Koridor Barat – jajaran paip adalah melalui Bandar Mahkota Cheras, Lebuhraya Cheras – Kajang, Bandar Tun Hussein Onn, Kem Latihan Tentera Sg. Besi, Pusat Lumba Kuda KL , Persimpangan Sg. Besi – Puchong, Taman Bukit Serdang dan Taman Puncak Jalil serta Bandar Kinrara.

Click to Enlarge

5. Masalah tidak selesa, kesihatan dan keselamatan kepada penduduk mungkin berlaku apabila kerja paip dijalankan nanti. Contohnya debu dan habuk, bunyi bising, kebersihan jalan, kerosakan jalan sedia ada. Mungkin juga berlaku kemalangan ke atas penduduk atau harta benda seperti kenderaan. Bagaimana masalah ini boleh ditangani?

Memang dijangkakan kemungkinan akan berlaku keadaan ketidakselesaan ini. Untuk mengatasi masalah ini, langkah-langkah pencegahan akan diambil seperti memasang kanvas bagi mengurangkan debu, meletakkan alas pelapik jentera berat bagi mengelak kerosakan jalan, dll. Jalan akan dibersihkan setiap hari pada akhir tempoh kerja. Kerja pembaikan jalan akan dilakukan secara ‘one shot’ untuk keseluruhan jalan di hadapan rumah. Kawasan pemasangan paip akan dipasang penghadang untuk menghalang individu yang tidak berkenaan daripada memasukinya kawasan kerja yang sedang berlangsung. waktu malam. Pada waktu malam, pengawal keselamatan akan ditugaskan menjaga kawasan pemasangan paip dan lampu-lampu ‘spot light’ akan disediakan di kawasan kerja Sekiranya berlaku kemalangan, pihak kontraktor akan membantu untuk membuat laporan dan tuntutan insurans.

6. Adakah terdapat lot-lot tanah persendirian yang perlu diambil oleh kerajaan bagi tujuan projek ini? Jika ada, berapa lot terlibat dan status bayaran pampasan sudah diselesaikan?

Semenjak permulaan projek ini pada awal tahun 2015, terdapat tanah-tanah milik persendirian yang telah terlibat dengan proses pengambilan tanah yang mana sebahagiannya telah diambil alih manakala sebahagiannya lagi masih di dalam proses pengambilan tanah.

7. Sekiranya jajaran paip melibatkan kawasan struktur binaan seperti tempat letak kereta dan kedai makan, adakah pemilik akan dibayar sebarang bentuk ganti rugi ke atas kerja-kerja merobohkan struktur binaan tersebut?

Melalui semakan dengan Pejabat Tanah dan pihak berkuasa tempatan, didapati struktur yang terlibat adalah dibina di atas tanah milik Kerajaan. Maka dengan itu, tiada pampasan akan diberikan.

8. Sekiranya restoran-restoran yang dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan tidak dapat beroperasi ataupun kehilangan pelanggan sepanjang tempoh kerja paip, disebabkan oleh gangguan habuk, masalah parking dan sebagainya. Bolehkah mereka ini menuntut ganti rugi perniagaan?

Kerja pemasangan paip bukan berlaku di kawasan yang tetap tetapi kerja pemasangan paip akan bergerak sepanjang jajaran paip selepas paip siap ditanamkan, gangguan adalah sementara sahaja di sesuatu kawasan. Walau bagaimanapun, pihak kami mengambil maklum perkara ini dan sedia mengadakan perbincangan lanjut dengan pemilik restoran, sekiranya perlu.

9. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan ke atas rumah yang berhampiran semasa kerja paip dijalankan, bolehkah pemilik menuntut ganti rugi?

Sebelum memulakan projek ini, kontraktor telah menjalankan satu ‘dilapidation survey’ dari rumah ke rumah untuk mengenal pasti kerosakan sedia ada. Sekiranya berlaku kerosakan kepada harta benda dalam tempoh kerja paip dijalankan, rekod asal akan disemak semula untuk memastikan kesahihan kerosakan ini adalah akibat daripada kerja-kerja paip atau atas sebab-sebab yang lain. Sekiranya terbukti ianya disebabkan oleh kerja paip, kontraktor akan membaik-pulih kerosakan tersebut kembali seperti keadaan asalnya. Tiada bayaran pampasan akan dibuat.

10. Tiada kaedah lain pemasangan paip selain daripada pengorekan terbuka?

Pengorekan terbuka adalah kaedah yang paling cepat. Kaedah lain seperti ‘pipe jacking’ (tanpa korekan) akan mengambil masa sehingga tiga (3) kali lebih lama selain daripada gangguan mesin-mesin pembinaan yang akan ditempatkan di atas jalan.

11. Adakah kerja pemasangan paip akan dijalankan sepanjang hari sehingga waktu malam?

Tidak. Pemasangan paip akan dijalankan setiap Isnin hingga Sabtu. dari pukul 8 pagi sehingga pukul 7 petang sahaja, Pada hari Ahad dan hari cuti umum, tiada kerja pemasangan paip akan dilakukan.

12. Bagaimana jika berlaku kecemasan atau tuan rumah hendak mengadakan majlis seperti kenduri dan sebagainya semasa kerja paip sedang dijalankan?

Tuan rumah boleh memaklumkan kepada kontraktor beberapa minggu lebih awal supaya kerja paip dapat ditangguhkan pada hari tersebut. Jika berlaku kecemasan, kontraktor akan menghentikan kerja sementara bagi memberi laluan kepada keadaan kecemasan tersebut. Nombor-nombor telefon penting untuk dihubungi ada dipaparkan di lokasi kerja.

13. Adakah kawasan pemasangan paip akan dipagarkan apabila siap? Bolehkah kami membina semula garaj kereta yang telah dirobohkan?

13.Kawasan pemasangan paip tidak akan dipagarkan, tetapi pihak tuan-puan tidak dibenarkan untuk membina apa-apa struktur di atas tanah kerajaan.

14. Bagaimana jika berlaku kebocoran paip?

Jika berlaku kebocoran paip, ianya akan dapat dikesan melalui sistem pemantauan di loji. Seterusnya, lokasi akan dapat dikenal pasti dan tindakan segera akan diambil oleh pihak penyelenggaraan.

15. Adakah akan terdapat Fasa 2 projek ini dan di mana lokasi paip?

Fasa 2 belum dimuktamadkan lagi dan jajaran paip belum ditentukan. Ia tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

16. Sekiranya berlaku sesuatu kemalangan/kejadian seperti kesesakan lalu lintas, keretakan rumah dan lain-lain. Apakah tindakan yang akan diambil?

Langkah-langkah pencegahan kemalangan akan diambil seperti memasang penghadang (barrier), menyediakan lampu ‘blinker’ untuk keselamatan di waktu malam dan mengadakan pengawal keselamatan. Pengawal lalulintas akan disediakan di laluan masuk berhampiran jalan utama. Bagi mengenal pasti kerosakan rumah akibat kerja pemasangan paip, satu kajian ‘dilapidation survey’ dari rumah ke rumah telah dijalankan pada awal projek. Gambar-gambar kerosakan rumah yang sedia ada di dalam dan luar rumah diambil (dengan kebenaran pemilik). Jika berlaku kerosakan akibat kerja paip, gambar-gambar ini akan disemak bagi tujuan perbandingan. Jika terbukti kerosakan rumah berlaku akibat kerja paip, kontraktor akan membaiki kerosakan ini seperti asalnya. Tiada sebarang pembayaran akan dibuat.

17. Adakah terdapat teknologi yang terbaru /terkini dalam pemasangan paip?

Kaedah pemasangan paip hanya ada dua : (1) pengorekan terbuka dan (2) pipe jacking. Kaedah pengorekan terbuka adalah lebih cepat berbanding dengan pipe jacking. Walaupun terdapat gangguan dari segi pergerakan jentera, bunyi bising dan debu serta kekotoran, tempoh kerja di hadapan setiap rumah adalah lebih pendek dengan tempoh kerja dianggarkan 1 minggu melepasi setiap rumah. Kaedah pipe jacking sebaliknya akan menyebabkan gangguan untuk tempoh yang lebih lama di hadapan rumah disebabkan kadar pengorekan tanah lebih lambat. Selain daripada itu, terdapat lubang-lubang ‘jacking pit’ dan ‘receiving pit’ setiap 50m serta janakuasa, kontena bahan korekan, lori keluar masuk dan lain-lain yang menyebabkan lebih banyak gangguan.

18. Siapa pihak yang bertanggungjawab sekiranya berlaku kebocoran paip air setelah penanaman paip telah siap.

Pihak kontraktor yang menjalankan projek ini akan membaiki segala kebocoran paip sehingga 2 tahun selepas tamatnya tempoh kontrak (defect liability period). Selepas itu kerja penyelenggaraan dan membaiki kerosakan akan diambil alih oleh pihak Pengurusan Air Selangor.

19. Jaminan-jaminan yang boleh diberikan oleh Pemaju bahawa paip- paip yang ditanam tidak akan bocor?

Paip-paip yang dipasang telah menjalani ujian kebocoran di kilang. Apabila paip telah ditanam, ujian kebocoran dijalankan sekali lagi. Semua kaedah ujian dan keputusan mestilah menepati piawaian yang ditetapkan. Sekiranya berlaku kebocoran di mana-mana lokasi dalam tempoh hayat paip ini, ia akan dapat dikesan melalui sistem di loji. Kerja membaiki akan dijalankan menurut prosedur piawai oleh pihak operator air.

20. Apakah pertimbangan-pertimbangan yang telah diambil kira terhadap pemilik rumah yang bersebelahan dengan paip yang ditanam?

Untuk makluman, paip-paip air hanya ditanam di dalam rezab jalan kawasan perumahan. Semasa pengorekan dan menanam paip, langkah-langkah mengawal kestabilan tebing korekan, aspek keselamatan dan kebersihan akan dijalankan mengikut Kaedah Melaksanakan Kerja yang telah diluluskan. Penyeliaan dan pemantauan kerja akan dilakukan oleh pihak perunding untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Print Friendly, PDF & Email